Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...





"Selamat Hari Guru" saya ucapkan kepada guru2 di luar sana.. dan tak lupa saya ucapkan kepada Cikgu saya. Segala pengorbanan dan jasa cikgu amatlah kami hargai. Ini adalah Cikgu R yang amat di gilai oleh pelajar2 perempuan di sekolahku. Maklum ler cikgu R ni muda lagi time nie, hensem dan belum berkahwin (time nie la..hehehe)..... tapi dalam ensem2 cikgu R ni, dia merupakan seorang yang amat tegas, kreatif dalam melakukan segala hal la.. Pic ini di ambil ketika aku baru menamatkan form 5. Konon majlis perpisahan la...hehehe. Cikgu R adalah merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan merangkap sebagai guru Pengawas Pusat Sumber(PPS), Kadet Polis.. Cikgu R ni memang seorang yang aktif dan produktif. Ini juga adalah teman2 ku yang menjawat jawatan tertinggi di dalam PPS.

Di sebabkan hari nie hari yang teristimewa buat guru2..jadi aku akan postkan pengalaman aku bersama cikgu R. Aku kenali cikgu R ketika aku form 2 yang baru dpilih sebagai ahli PPS. Memang aku kagum dengan cara pengendalian cikgu R ketika memegang jawatan tertinggi dalam PPS. Sebelum jawatan di pegang oleh cikgu R, library di sekolahku di pinggirkan... cikgu R dgn kelulusan ipta telah menaikkan library di sekolahku dan telah memenangi tempat di peringkat negeri. Antaranya, yang aku masih ingat sampai sekarang adalah cikgu R selalu pesan kepada anak buahnya "jangan hanya fikir satu cara... berfikir dengan banyak cara.kita harus kreatif...". dan sememangnya aku gunakan sehingga sekarang.

Antara aktiviti yang cikgu R anjurkan adalah
  • mengadakan kursus 4K untuk setiap tahun
  • mengeratkan hubungan library antara sekolah-sekolah
  • menjadi "postman" ketika bulan puasa... kira kami PPS ni akan menghantar kad2 raya
  • mewujudkan majalah khusus untuk library
  • banyak lagi..tapi dh tak berapa nak ingat..hehehe
  • dan yg paling best.... PPS adalah TERBAIK dari Pengawas sekolah...hehehe

Dan yang paling ku ingat sehingga kini, cikgu R pernah cakap kat aku "cikgu rasa antara korang2 ni nti yang akan kahwin dulu adalah M***(my name)...". hahahahaaha... maklum la aku dulu suke berkoya-koya lebih sikit... bila dah besar panjang nie baru nak serius dalam study... jadi nampaknya, kawan aku yang kawen dulu...hehehehe. Apa-apa pun, terima kasih cikgu R atas segala penat lelahmu dalam mengajar kami, pengorbananmu dalam mendidik kami... dan atas segala didikan cikgu... semua anak2 didikmu telah menjadi manusia yang berjaya dan berguna untuk masyarakat. Terima Kasih Cikgu R.."Happy Teacher's Day"

Tak lupa juga buat teman2 yang aku kasihi... korang memang TERBAIK WOK!!!... disebabkan keakraban kita, sehingga kini kita masih berhubung walaupun berjauhan... kita tetap dan masih bersama.. =)

shasha

2 comments:

  1. ha!ha! ku kenal siapa itu Cikgu 'R'...he! he! Cikgu 'R' ni dulu pernah la berpesan; jangan bercinta awal sangat nnt kawin lambt. ha!ha! ada betul gak nih, sampai skrg blum kawinm nih. hi!hi!:D

    ReplyDelete
  2. hahahaha... really?..awak pun tak kawen lg ke.. apa-apa pun jodoh dan maut di tangan Tuhan.. kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segala-galanya demi untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails