Thursday, May 20, 2010

:: luahan hati ::



Aku bukan menagih simpati. Ini kerana dalam keriangan ku ini terselit satu kedukaan. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Aku pun tak layak untuk bersuara. Siapalah aku...aku tetap aku... Ibarat menegak kan benang yang basah.

Aku mengaku aku telah melakukan satu kesilapan. Bukan niat aku untuk melukakan hati sesiapa pun. Tak terniat langsung. Yela... kita manusia yang lemah, jadi mudah alpa dan lalai dan aku mungkin mengambil ringan keadaan itu. Sesungguhnya, Setelah kejadian itu berlaku membuatkan aku membuka mata siapalah aku sebenarnya. Hanya insan kerdil di dunia ini.

Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka yang telah menyedarkan aku. Bayangkanlah diri anda di tempatku. apa yang akan anda lakukan. adakah ingin memberontak? adakah ingin bermasam muka? jadi, jalan yang terbaik adalah diam... dan itu yang aku lakukan. Diam bukan bererti aku marah... diam juga bukan bererti aku berdendam. Tetapi diam aku adalah untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih keruh... cuma apabila kepahitan melanda diri ini, aku perlukan masa dan ruang untuk diriku sendiri. Aku perlukan kekuatan untuk bangkit semula. Mungkin bagi sesetengah orang akan pikir ianya perkara remeh.. but for me ianya amat perit dan mengecewakan.. Tapi aku cuba tabahkan hati ini kerna aku tahu Allah amat menyayangiku...

Aku tak kisah di pandang rendah dan hina. Biarlah... sebab aku tahu Allah sentiasa ada di sisiku dan mengetahui apa yang aku lakukan. Haruskah aku meluahkan segala-galanya? Tidak... Cukup hanya aku dan si dia saja yang mengetahui apa sebenarnya yang terjadi antara kami. Aku bersyukur kerna si dia amat memahami dan menyayangiku. Tak perlulah aku menceritakan kebenarannya kerna aku tahu aku tak layak untuk semua itu. Walau beribu, walau berjuta sekali pun... aku akan tetap menyimpannya kemas kerna sesungguhnya aku bukan sesiapa... Manusia hanya menilai apa yang ada di depan mata sebaliknya tidak mengetahui apa yang tersirat dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Untuk apa aku coretkan semua ini? Untuk apa? Bukannya untuk membela diri, bukannya untuk menagih simpati, bukannya untuk memenangi hati.. tapi aku lakukan semua ini adalah untuk meluahkan segala isi hati. Aku memohon maaf andai coretan ini mengguriskan hati kalian. Untuk siapa? Cukuplah aku saja yang tahu untuk siapa semua ini..

shasha
Related Posts with Thumbnails