Friday, November 05, 2010

Nampaknya agak lama aku tidak menerjah ke laman blog ini dan hampir dipenuhi sawang ye.. hehehe.. Actually, banyak cite yang aku ingin kongsikan bersama.. but masa tidak mengizinkan aku untuk berbuat demikian.. Ader ke plak aku salahkan masa.. masa tak pernah salah cuma aku jer yang belum pandai menguruskan masa sejak dua menjak memasuki alam pekerjaan.. huhuhu..

Aku masih seperti dulu.. bezanya aku harus menggalas tanggungjawab yang semakin berat ini. Tanggungjawab antara aku dan Allah tidak perlu dpertikaikan lagi.. Ini adalah tanggungjawab aku dengan keluarga, tanggungjawab aku pada karier, tanggungjawab aku dengan orang-orang tersayang dan juga tanggungjawab aku untuk diri sendiri. Syukur alhamdulillah.. beberapa impian aku telah terlaksana walaupun mengambil tempoh masa yang panjang. Kini, ada beberapa lagi yang harus aku laksanakan.. hehehe.. Insyaallah, moga-moga segalanya dipermudahkan oleh Allah. :)

Dan ada beberapa impian lagi yang ingin aku gapai.. dan biarlah impian tersebut menjadi rahsia aku.. hahaha... rahsia ler sangat kan.. bukan aper takut tak tercapai.. bila tak tercapai akan memalukan diri sendiri plak.. hehehe.. jadi lebih baik aku rahsiakan dahulu selagi ianya belum menjadi kenyataan.. tapi aku akan cuba berusaha untuk mencapai dan menjayakannya.. Insyaallah...


shasha 

Wednesday, September 08, 2010

: Raya Datang Lagi:


Kini ramadhan semakin meninggalkan kita. Hanya tinggal sehari jer lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Di sana sini keriangan, keseronokan, keriuhan suara kanak-kanak gembira bagi meyambut syawal yang bakal menjelang semakin dirasai. Aku juga turut tidak terkecuali. Aku hanya membuat persiapan raya secara ala kadar sahaja. Sebabnya banyak yang perlu aku utamakan dan dahulukan.

Walaubagaimanapun perasaan sedih dan sebak turut menyelubungi ku kini. Ramadhan yang semakin menghilang sama seperti arwah abahku yang akan pulang ke sana. Ini berlarutan apabila mengenangkan inilah sambutan raya tahun ke-4 tanpa arwah di sisi keluargaku. Semoga arwah abahku ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman dan bahagia disana.. Al-Fatihah..

Mengenangkan syawal yang bakal menjelang tiba.. di sini ku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, telebih gurau, tersilap laku sehingga mengguris hati kalian.. Sesungguhnya saya manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi saya bersyukur dan gembira dapat kita mengeratkan silaturrahim di sini. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN




shasha

Tuesday, August 31, 2010

:: Merdeka Day ::



~~Saya... anak Malaysia~~~
~~ Saya.. anak Malaysia~~~
~~ lalalalaala!!!!~~~

~~~ Tanggal 31 bulan 8 '57~~~
~~ Merdeka! merdeka!~~
~~ tetaplah merdeka~~
~~ Ia pasti menjadi sejarah~~


Masih ku ingat lagi lagu nyanyian arwah Sudirman. Ketika itu aku baru berusia 6 tahun. Apabila mendengar nyanyian itu terus rasa bersemangat dan turut mendendangkan lagu tersebut. Maklum ler time tu kanak-kanak lagi.. hehehe.. Masih segar di ingatanku jua dimana arwah Sudirman begitu semangat dengan mengenakan pakaian yang bertemakan bendera Malaysia iaitu 'Jalur Gemilang.'

Kini, semuanya telah berubah mengikut peredaran masa. Aku juga turut menginjak dewasa dan cara menyambutnya juga turut berbeza. Masih tersemat lagi semangat kemerdekaan di hati ini cuma yang bezanya adalah taklah aku melalak seperti dulu lagi untuk menyanyikan lagu '31. Ogos' tu kan.

Masa semakin berubah.. negara kita juga semakin maju, Semoga kemerdekaan ini akan kekal aman dan damai. Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 buat negara kita iaitu Malaysia. Sesungguhnya kita harus berbangga menjadi anak Malaysia. Salam 1 Malaysia menjana transformasi buat semua... ! Merdeka! Merdeka! Merdeka!



shasha

Friday, August 27, 2010

.: Pengurusan Masa :.

" Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan tentang kesabaran."
-Surah Al-Asr

Kadang-kadang kita sering terfikir dan mengatakan 'tidak cukup masa' atau pun berlebih masa. Seperti yang kita sedia maklum;

Masa : Kualiti dan Kuantiti

365 Hari = 1 Tahun
7 Hari = 1 Minggu
24 JaM= 1 Hari
60 Minit = 1 Jam

Oleh itu, kuantiti masa adalah sama banyak bagi kita semua tetapi penggunaan masa kita dalam seharian yang produktif dan berkualiti yang akan menjamin kecemerlangan.


Tips Mengurus Masa
  • Mencapai matlamat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis.
  • Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasarkan KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat mingguan yang telah ditetapkan.
  1. A - Keutamaan tertinggi (Laksana segera)
  2. B - Keutamaan Sederhana (Mesti dilaksana tetapi boleh ditunda atau diagihkan)
  3. C - Tidak Penting (Boleh ditangguh atau dilupakan)
  • JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera. Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas.
  • Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan dengan orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas anda.
  • KAWAL PANGGILAN TELEFON dengan
  1. Merancang untuk membuat panggilan
  2. Mengawal masa bercakap selama 3 minit
  3. Menapis panggilan telefon
  • Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAK PRODUKTIF
  • Pastikan semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG
  1. Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, temujanji, idea, nombor telefon atau perkara penting dalam buku kecil.
  2. Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini.
  • Melaksanakan 2/3 perkara serentak untuk menjimatkan masa.
  • Mengagihkan kerja-kerja rutin kepada orang lain.
  • Menyelesaikan tugas yang sukar semasa anda dalam keadaan yang SEGAR DAN BERSEMANGAT.
  • HORMATI MASA dengan menjadikan pengurusan masa anda sebagai satu habit atau rutin harian.

ANDA DAN MASA

Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya yang lima iaitu
  1. Masa MUDAMU sebelum TUAMU
  2. Masa SIHATMU sebelum SAKITMU
  3. Masa KAYAMU sebelum MISKINMU
  4. Masa KELAPANGANMU sebelum SIBUKMU
  5. Masa HIDUPMU sebelum MATIMU

p/s: kini rutin harian ku telah berubah dari rutin sebelumnya. Disebabkan itu aku memerlukan tips ini dalam mengurus masa seharianku. Aku juga turut menitipkan info ini bersama anda semua. Selamat mencuba ye!


shasha

Wednesday, August 25, 2010

..< Stress/Tekanan >..

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah, universiti atau tempat kerja. Stress apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.


Tanda-tanda anda yang menghadapi tekanan atau stress:
  • Tingkah laku yang agresif
  • Tidak gembira
  • Berasa marah dan geram
  • Kecewa
  • Kurang memberi tumpuan pada pekerjaan atau urusan
  • Berasa diri tiada harapan
  • Kurang motivasi diri
  • Gelisah dan risau berlebihan
  • Mempunyai masalah tidur
  • Merokok dengan berlebihan
  • Kurang berminat dalam aktiviti dilakukan
  • Sakit kepala atau sakit badan
  • Tidak dapat membuat keputusan
  • Cepat marah
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Lesu

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
  • Kemudian rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi.
  • Bertindak menggunakan daya tindak yang berkesan. Dengan cara itu, anda akan lebih tenang menghadapi sebarang keadaan mendesak. Amalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.

Langkah menangani keadaan marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/agresif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

p/s: info ini dikongsi bersama pembaca setia terutamanya sekali ditujukan buat teman2 yang telah menyarankan saya utk mengutarakan info ini. Teman yang disayangi adalah sya dan nor. Thankss sebab sudi memberi pendapat dan cadangan yang hampir berlapok selama 5 bulan. hehehe.... semoga info ini dapat membantu anda ye.. =)



shasha
Related Posts with Thumbnails