Wednesday, April 28, 2010

Adab Memotong Kuku

Di sini ana ingin berkongsi mengenai adab memotong kuku. Ini kerana, kadang-kadang kita mengambil remeh ketika memotong kuku. Jadi, marilah sama-sama kita mengamalkannya..



Bahagian Kuku Tangan:


1) Di mulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, baru ibu jari tangan (seperti nombor yg di tulis pd pic.)

2) Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari kiri (seperti nombor yg ditulis).



Bahagian Kuku Kaki:




1) Di mulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri (seperti nombor yg ditulis dlm pic).



Doa ketika memotong kuku

Saidina Ja'far radhiallahu Anhu berkata:-
"Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya
pada tiap-tiap hari jumaat dan berkata ketika mengeratnya:


Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala
memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati."


Hari-hari yang di sunatkan memotong kuku


Isnin: Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)

Selasa: Mempusakai kebinasaan

Rabu: Mempusakai jahat perangai

Khamis: Mempusakai kaya

Jumaat: Mempusakai ilmu dan lemah lembut

Sabtu: Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)

Ahad: Hilang Berkat


Rujukan: Di petik dari kitab AL-JAUHARUL MAUHUB
WA MUNABBAHATUL QULUB. Jus Pertama






shasha

Tuesday, April 27, 2010



Alhamdulillah... akhirnya aku telah berjaya menyiapkan si
" kekasih hatiku"ini.
aku mengambil masa selama 5 bulan utk menyiapkannya.
memang perit usah cakap la...
do and redo.. do and redo again...
akhirnya dengan ketabahan hati ini (tak setabah mana pun...huhuhu)
berjaya juga aku menyiapkannya.
syukur sangat... tarikh submittion on this friday.
jadi sempat la aku nk buat semakan kali terakhir.

Selepas ini, hanya tinggal satu langkah sahaja lagi iaitu VIVA.
semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah...


shasha

Thursday, April 22, 2010

Jangan Sesekali....



Ana telah mendapat petikan ini dr seseorg melalui facebook. Jadi, ana ingin kongsikan bersama-sama bahawa jangan sesekali kita meng'aib'kan orang lain sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Ana tidak mengatakan diri ini bagus.. malah ana jua tidak mengatakan diri ini terlalu sempurna. Kita iaitu makhluk Allah tidak akan terlepas melakukan kesilapan sama ada sedar atau pun tidak. Ini kerana, kita akan menerima balasannya di dunia ini tanpa perlu menunggu di akhirat kelak. Maka, kita ambillah kisah benar ini sebagai satu ikhtibar buat kita semua. Oleh itu, ana ingin memohon maaf atas kesalahan yg ana lakukan sama ada secara sengaja atau pun tak sengaja kepada semua yang ana kenali yang mana pernah terguris hati, bermasam muka, terluka perasaan dan lain-lain...Maafkan ana.

Renungan bersama:
Ibadat dan amalan yang tidak ikhlas dan dipengaruhi oleh perkara-perkara lain di hati seperti riya', sum'ah serta 'ujub tidak bernilai di sisi Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam hadith yang telah di sebutkan sebelum ini.

Rasulullah s.a.w juga menekankan agar memelihara hubungan sesama manusia kerana itu semua merupakan nilaian yang menentukan penerimaan ibadat kita oleh Allah s.w.t.; sebagaimana yang dinasihatkan oleh baginda Rasul buat kita;

  1. Jagalah mulutmu jangan sampai menghina dan mengaibkan orang lain, terutama kepada sesama manusia.
  2. Ingatlah diri sendiri yang penuh ketidaksempurnaan sebelum kita mengata dan menghina orang lain.
  3. Janganlah menutup kesalahan sendiri dengan menghina dan mengaibkan orang lain.
  4. Janganlah membesarkan diri dengan menekan dan menjatuhkan orang lain.
  5. Janganlah bersikap kasar di dalam majlis sehingga orang takut dengan keburukan akhlakmu.
  6. Janganlah suka mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan.
  7. Janganlah menghancurkan peribadi orang lain seandainya tidak mahu dihancurkan oleh neraka jahannam kelak.

Oleh itu, hayatilah apa yang telah disampaikan oleh baginda Rasul dan renungkanlah di dalam diri kita adakah kita memiliki sifat-sifat seperti di atas atau pernahkah kita melakukan terhadap orang lain? Peruntukkanlah masa buat diri dan bermuhasabahlah. Pergunakan akal kita untuk berfikir apakah yang pernah terdetik di hati kita dan apakah yang pernah diucapkan oleh lidah kita.


Kepada Pn.Natrah: semoga pn. mendapat kemaafan dari sahabat pn. demi untuk kebahagiaan kehidupan pn. di dunia dan juga di akhirat.


shasha

Happy Earth Day





Betapa busynya diri ini tanpa mempedulikan hal dunia.
Baru aku perasan hari ini bersamaan dengan 22hb April 2010 merupakan "Happy Earth Day." Thanks ye kekawan tolong ingatkan aku. Nampak sangat aku nie tak ambil tau langsung...hehehe.. Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan kepada semua

"HAPPY EARTH DAY."
Marilah kita sama-sama mewarnai bumi kita ini dengan tumbuhan-tumbuhan hijau
(hijau je..warna lain x leh...hehehe) ,
menjaga persekitaran alam, flora dan fauna...
Go green day (not GreenDay band...haahaha).





shasha

Friday, April 16, 2010

Miracle Of Allah

Sebelum nie aku pernah postkan kisah pelangi dan segala persoalan ku telah terjawab kini. Beberapa hari yang lalu, aku telah melepakkan diri di Queensbay Mall dan masyaAllah... pelangi telah muncul di depanku. Betapa indahnya ciptaan Allah swt. Aku bersyukur sangat telah di beri peluang untuk melihat pelangi ketika itu. Subhanallah...





Selesai sudah cite pelangi kini aku nak cite plak pasal laut. macam2 kan aku nie...hahaha. Aku nk tanya korang nie mula-mula sekali tgk laut ke, g laut ke masa korang umur brape?Hah..jawab...jawab untuk diri sendiri udah la ye. hehehe... Pertama kali aku tengok laut ketika aku berumur 9 thn. ketika itu aku darjah 3. kecik dan comey lagi time tu. Korang kalu tengok laut ape yang korang pikir?hehehe...mesti ckp cantik, indah, bla,bla, bla... Aku???... Nak th tak ape yg aku pikir time tu.. maklum ler first time tgk laut kan. Aku pikir...
"luasnye laut, cantik, lawa....Oooooo, rupa2nya laut tu abis setakat garisan ujung tu jela...errrmmm...kira sempadan laut bertemu langit la kan." Hahahahaaha...nak ketawa besar gak ler kan bila di kenangkan kembali. Ngok ngek juga aku ni dulu. Udahnye...aku pikir memang laut tu luas tu jer nak buat camne. Hadeiii...

contoh pic "yg di katakan laut yg luas dan penghujungnya di akhir garisan ant laut dan langit" =)

Bila dah besar panjang nie kalu g tgk laut sure aku akan tersenyum sendirian. Nape la aku boleh pikir camtu. errrmmm.. bila dah belajar sains baru paham bahawasanya bumi ini bulat. mana ade sempadan2 tu ha... sempadan negeri/negara ader la.. kuikuikui... lawakkksss... ape2 pun itu lah kenangan ku di zaman kanak-kanak. macam-macam yang aku pikir...

Sekarang nie, apabila dah besar panjang barulah aku mengerti semua yang terjadi adalah kekuasaan Allah swt yang kita tidak boleh menyangkal sama sekali. Di sini, aku ingin kongsikan bersama-sama satu lagi kekuasaan Allah yang sememangnye sudah tercatit di dalam Al-Quran. Marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri kita...





This is the video of the sea...where two waters meet with each other without entering into each other.... a perfect example of what Allah says in Quran.... Quran say in Surah 55 Al Rahman.......Ayat no:19 ...He has separated the two seas meeting together. ...20- A barrier... is placed between them which they can not pass. 21-..The which of the blessings of your Lord will you deny ?



shasha

Thursday, April 15, 2010

Insya'Allah....



Alhamdulillah... Selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Allah selagi itu kita mampu hadapi segala rintangan yang mengelilingi kita. Aku hampir ke penghujung jalan sebagai seorang hamba Allah bagi menuntut ilmu di alam fana ini. Alhamdulillah...segala penat lelah, perit getir aku telah lalui sebagai seorang pelajar sepanjang tempoh setahun ini. Banyak kenangan saat suka duka bersama sahabat2 yang amat aku sayangi.

Kini, hanya tinggal sebulan saja lagi aku bergelar sbg student. Selepas itu, aku akan memasuki alam pekerjaan yang penuh dengan pancarobanya. Sebelum itu, aku harus melalui satu lagi laluan getir iaitu VIVA. Ini adalah laluan terakhir bagi setiap pelajar. Setiap pelajar harus mempersembahkan dissertation bagi melengkapi Master dan PhD yang di panggil sebagai VIVA.

Aku akan present my dissertation pada bulan depan. Di harap segalanya berjalan dengan lancar. Kita hanya merancang Allah yang akan menentukan segala-galanya..InsyaAllah. Semoga pada hari tersebut akan sempurna hendaknya.




Title: Insya'Allah by Maheer Zain


shasha

Tuesday, April 13, 2010

KIPAS SILING JATUH???


Kipas angin di gunakan untuk menghasilkan angin. Fungsi utama adalah sebagai pendingin udara, penyegar udara.Kalau di lihat sekarang ini dengan keadaan musim yang kejap panas kejap hujan pastinya kita sentiasa mencari kipas atau canggih sikit guna air-cond bagi menyejukkan badan dan menghilangkan haba badan.



Sebenarnya, ada kisah di sebalik kipas ini. Yang pasti ianya adalah "
The truth story" yang terjadi dalam hidup aku. terpulang lah kepada pembaca sama ada nak percaya atau pun tak. Kisah ini berlaku hampir 10 tahun yg lalu. ketika itu aku baru berjinak2 dengan kehidupan asrama. Dah ler jauh dari parents kan, bila jadi macam nie rasa nak balik kampung terus jer..huhuhu..

Sebelum kejadian berlaku, aku telah menyertai dikir barat bagi peringkat kolej dan telah menjadi juara (not sure either juara or 2nd place..hehehe). Keesokan harinya, kami (geng dikir barat) telah menerjah PKNS untuk bersuke ria. Bukan suke mana pun cuma g celebrate kat KFC... Pada waktu yang sama lam petang camtu, hujan turun dengan lebatnye. bagi aku selebat-lebat mungkin dan dengan angin yang agak menakutkan jugak la. Setelah berseronok party bersama2, kami pun pulang ke asrama. Di sebabkan oleh angin yang kuat petang tadi, siling bilik asrama ku terbuka sedikit. aku dan roomate pikir mayb angin tolak kot. Sebenarnya nak menyedapkan hati jer...

Apabila malam menjelma, aku dan roomate (3 org satu bilik...ms ni kami berdua..cuma tgl sorang jer kt bilik), kami sempat lagi pergi ke stadium U untuk menonton perlawanan bola sepak antara Era fm ngan U aku. usah cakap ler best die kan...kalu tak, tak de ler kita tgk lam tv penonton dok bersorak-sorak kan... Perlawanan tamat lebih kurang lam kul 12 camtu.


contoh bilik asramaku...

Sesudah sampai bilik, aku ingin menyempurnakan solat isyak. Kami solat bersama dan sesudah selesai jer...perasaan ini, hati ini macam di suruh-suruh untuk membaca surah Yaasin.. Dalam kepenatan aku tetap membaca surah tersebut... Kalau sape yang perasan la kan, dalam surah ini ada tertulis ayat
"syaitan". aku tak tahu kenapa tapi apabila sampai je ke ayat tersebut memang aku tekankan sangat2 (ibarat mcm kita meminta pertolongan la...).

Selesai je ayat tersebut,
KIPAS SILING di bilik asramaku TERJATUH DGN SENDIRINYA di sebelahku..betul-betul di sebelahku. Gilerr weii...Masyaallah, ape yg terjadi. Aku dengan lengkap berpakaian telengkung terus melarikan diri ke bilik sebelah (bilik member gak). GEMPAKKK!!! Heboh satu asrama...Ape lagi riuh rendah ler malam tu. My roomate menangis sebab terkejut giler. aku dalam ketakutan dan terkejut di paksa untuk menghabiskan surah tersebut. Alhamdulillah... dapat juga aku habiskan wlupun perasaan ini hanya Tuhan jer yg th.

Aku and my roomates tidak dapat dan tak sanggup untuk tido di bilik malam tu. kami beramai2 melepakkan diri tido di bilik member. beberapa hari selepas kejadian, kami meminta pendapat ustaz bagaimana ingin selesaikan masalah yg di hadapi. Cadangan yang di beri adalah buat solat berjemaah beramai2 (lam 6 org) kemudian baca surah Yaasin beramai2. Sesudah itu, air bacaan Yaasin di gunakan untuk membersihkan bilik tersebut.

Alhamdulillah... sesudah kami lakukan dan sampai sekarang bilik tersebut tiada lagi gangguan yang amat hebat itu. Giler punye dasyattt... aku sendiri pun tak pernah terfikir yang kipas siling akan jatuh dengan sendirinya ketika dalam keadaan ianya berfungsi. Sehingga kini, aku masih berfikir dan berfikir dan terus berfikir secara akal logik dan waras ini, bagaimanakah kipas itu boleh terjatuh???... Wa'Allahhual'llam... Semuanya kuasa Allah..Hanya Dia yang Mengetahui dan Mengerti atas setiap apa yg berlaku. Kita sebagai hambaNya harus tabah dan sabar menghadapi dugaan yang menimpa kita.



p/s: sampai skrg kadang2 agak fobia la bila tgk kipas siling...huhuhu..mengenai bilik tu, apbila tanya kt kakak2 senior rupa2nya bilik yg aku duduk tu adalah salah satu bilik yg agak kerap di ganggu oleh makhluk2 halus. cuma diaorg tak nak hebohkan pd junior... gilerrr, kalu aku tahu dh sure2 aku tak nak dok bilik tu...huhuhu.. ape2 pun pengalaman aku apabl tinggal di asrama.. nightmare betullll...


shasha

Sunday, April 11, 2010

Keta kodok???.Vespa???

keta kodok versi lama

Keta Kodok????... Agak-agak korang kenal tak ngan kete kodok.Kodok ni nama panggilan aku panggil utk keta ni ketika kanak-kanak..tp besar nie pun still lagi panggil kete kodok.. mayb sbb kete tu rupe cam kodok kot... hehehe... Nama sainstifiknya adalah Volkswagen Beetle. Lahir di German sebagai keta ekonomi dan compact. Yang bestnye enjinnye terletak di bahagian belakang.


Vespa????... Korang kenal tak ngan motor vespa nie.
Vespa adalah skuter dari Itali yang dihasilkan oleh Piaggio pada tahun 1946. Keunikan designnya yang telah mendapat tempat dihati penggunanya. Tidak terlepas juga dengan arwah abah ku. Dia juga memiliki vespa berwarna hijau. Masih aku ingat ketika itu aku berdarjah 1, arwah telah menghantar aku ke sekolah dengan menaiki vespa. Biasaler kan budak-budak lagi time tu... korang tau tak ape yang aku pikir masa naik vespa hijau itu... "susahnye nak naik moto nie..kat mana aku nak letak kaki nie.tak kan nak dok bersila plak..issh.. pastu xkan aku nak biarkan kaki tu ke bawah jer.. xmau la.. nanti kena langgar kaki aku.."..hahahaha..lawak kan aku ni. boleh plak pikir camtu tp nak bt camne nama pun budak lagi time tu..

betul x aper yg aku pikir dl..cube korang perhatikan vespa nie..
kalu pembonceng naik agaknye nk letak kaki kat ne ye...


But now, apabila aku semakin dewasa barulah aku mengerti kenapa arwah abahku meminati vespa. hahhaaha... ke'antique'kannya itulah yang menjadi kegilaan penggunanya. Namun, dalam tempoh hampir 15 tahun yang lepas, aku rasa vespa dan keta kodok ini semakin kurang di atas jalan raya. Mungkin, time tu pengguna mula menggunakan barangan buatan Malaysia iaitu proton kot.. Sekarang ini 2010, aku mula rasa kembali ke era '80an dan '90an. tak tahulah kalu korang perasan atau pun tak. Aku mula nampak vespa dan keta kodok nie di atas jalan raya malah semakin banyak. Tambah-tambah vespa, bunyinya dari jauh kita dah boleh kenal kan.. hehehe Itulah, setiap orang mempunyai keinginan dan minat dengan cara tersendiri. Ada yang gn kenderaan tempatan, import dan antique... Bagi aku tak kisah mana-mana pun janji boleh memudahkan segala urusan aku. =)


keta kodok versi baru..



perrgghh... style tul!!!


macam ngan kura-kura...hahaha


shasha

Saturday, April 10, 2010

Abstrak...

Selalunya kita sering terdengar atau terbaca bahawa kehidupan kita ibarat suatu lukisan yang penuh dengan warna-warninya. Pandangan mata kita akan terpesona dan menilainya dengan mengatakan ianya amat cantik. Tapi ianya bukan semudah yang kita sangka.. Kehidupan ini penuh dengan pancarobanya. Kita tidak boleh menilai dengan hanya melihat sekelip mata ataupun cuma sebelah mata. Bahkan, kita harus membuka mata dan mendalaminya demi liku-liku yang bakal kita tempuhi. Maka, marilah sama-sama renungi setiap pics di bawah ini. Jangan hanya menilai dengan hanya sekali pandang. Sebaliknya, kita harus dalami dan renungi apa maksud yang tersimpan dan tersirat...








shasha

Wednesday, April 07, 2010

Pupuskah?

Sekarang ni ana berada di zon 'busy'. Thesis yang ana cuba siapkan lebih kepada design geometri. Jadi, ana sangat tertarik dengan penulisan jawi dan khat sebab keseniannya amat unik dan menarik.

"Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa melayu.Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini di gunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. "


Sumber: Wikipedia

Ana masih ingat ana belajar tulisan jawi ini ketika di sekolah rendah. Namun, apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi penulisan jawi ini semakin kurang di gunakan. Ana rasa sekarang ini penulisan jawi semakin pupus dan akibatnya ana rasa mungkin sesetengah manusia di luar sana sudah tidak boleh menulis jawi apatah lagi membaca. Ana bukan menunding jari kepada sesiapa tetapi inilah realitinya. Ya...sememangnya kita harus memartabatkan bahasa ibunda, bahasa kebangsaan kita iaitu "bahasa melayu". Kalau di lihat sekarang ini pun semakin berkurangan penulisan jawi di kalangan kita apatah lagi untuk anak-anak bangsa pada masa akan datang. Sedarkah kita semua ini? Jika kita tidak mendalami penulisan jawi ini bagaimana kita ingin mendalami dan memahami setiap ayat yang tertulis di dalam Al-Quran? Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri...

Di sini ana hanya ingin berkongsi apa yang ana rasakan. Ana rasa cukup sekadar kita boleh membaca dan menulis tulisan jawi supaya tidak luput telan dek zaman...
Wa'allahhual'lam...



shasha
Related Posts with Thumbnails