Friday, May 28, 2010

..:: semangat ::..


Aku masih di sini... di bumi Allah dengan di temani alunan muzik retro (ke'ret'a + mot'or')... memang mengasyikkan la sampai bingit telinga nie. tapi tanpa muzik retro ni sure aku kesunyian.. Sebenarnya aku baru mengemas barang-barang.. penatnya usah kata la... hehehe.. baru separuh mengemas rehat jap.. ada tinggal separuh je lagi... nanti la aku selesaikan.. hanya tinggal barang2 yang nak guna je.

Bila tengok bilik ni dalam keadaan kosong rasa cam sebak le pulak. Selama setahun aku tinggal di sini, rasa sekejap masa berlalu. Selamat tinggal ye bilik..huhuhu.... Apa-apa pun aku harus teruskan kehidupan ini..

Actually, aku sengaja mem'busy'kan diri ini kerana kemalasan aku sudah mencecah ke tahap maksimum. Adoiiii... apa nak jadi la dengan aku nie.. Semangat.. semangat.. Walaupun hanya minor correction tapi untuk mengeditnya tersangatlah 'rajinnn... ' tapi aku tak akan mengeluh sebab Allah tidak menyukai orang yang suka mengeluh. Jadi, aku kena lebih bersemangat... hehehe... ada dah sikit aura semangat nie.. harap-harap akan bertahan sehingga aku selesaikan semua correction tu nanti. Apa-apa pun, Aku kena siapkan jugak untuk kebahagiaan masa depanku. hehehe...

Semangat memang lebih kan... hahaha... semua itu harus supaya perasaan semangat berkobar-kobar.. Kita memang kena yakin dengan diri sendiri baru boleh maju ke depan... __(^_^)V___

shasha

Wednesday, May 26, 2010

.: Hal yang aku Lihat :.

Kesunyian mula menerpa asrama ini apabila semuanya telah pulang ke kampung. Aku masih di sini meniti hari-hari terakhir ku di universiti ini. Banyak yang aku dapat sama ada ilmu, pengalaman, persekitaran selama aku tinggal di sini. Yang bestnye teman-teman seperjuangan yang sporting gilerr... terasa muda bila berada di samping korang... hahahaha..

Selama aku tinggal di asrama ini yang dapat aku simpulkan adalah
  • setiap hari pasti ambulans akan melintasi di hadapan asramaku... dah la setiap hari.. boleh kata 3 @ 4 kali la sehari... dasattt kan orang penang nie... merempit kuat kot... hehehe.. memandai je aku nie
  • persekitaran ok, nyaman.. aku suke... tapi time student cuti aktiviti penuh di padang universiti ni.. kadang2 bingit gak telinga nie
  • pakguard sini memang sporting la tp still lg mengawal dgn baik... tak macam tempat aku study dulu... kawalan yang amat ketat..
  • asrama ok... puas hati la... berbaloi dengan bayarannya...hehehe
Teman-teman seperjuangan pula
  • An --> adalah orang pertama aku mengenalinya. kami sememangnya hidup berjiran dari rumah sewa sehinggalah ke asrama. terima kasih kerana sudi menjadi jiran yang baik hati... hehehe
  • Nor --> adalah seorang yang aku kenal dari perak lagi. kami pernah kerja bersama. Nor adalah seorang yang amat tegas bila berbicara. tapi, aku suka caranya sebab menampakkan keyakinan diri yang tinggi.. hehehe... aku dan nor nie perangai ada la lebih kurang sama... hahaha
  • Sya --> dalam banyak2 adik dialah yang paling muda. Walaupun muda sya tetap nampak matang dalam pemikirannya.. mayb anak sulung kot.. tapi perangai keanak-anakkan nya masih ada.. kadang2 aku pun sama naik ngan sya ni juga... hahaaha
  • Siti --> adalah seorang yang tegas... tapi dalam ketegasannya dia ni adalah seorang anak yang manja... hehehe... aku memang suke menyakat orang manja-manja nie... hohoho
  • Husna --> adalah seorang gadis yang penuh kesopanan.. cakap pun lembut je.. tapi, kalu bab ber 'make-up' dialah juara... hahaha... aku pun tak pandai make-up..
Buat teman-temanku..walaupun korang banyak ragam, banyak perangai.. tapi aku suke kawan ngan korang... bestt sangat.. sayang korang sume... mula nak rasa sebak sebab kita dah nak berpisah... huhhu..

Persekitaran penang pula
  • aku suka tinggal kat sini sebab banyak kedai mamak... hahaha.. tak dapat di pisahkan lagi.. adooooiii
  • best dok sini sebab boleh pergi pantai... aku memang suka tengok laut.. dapat menenangkan hati dan dalam masa yang sama aku amat mengagumi Kekuasaan Allah..
  • tapi satu jer... orang penang nie kadang2 bab memandu agak gila-gila sikit.. mayb diaorg suke tgk cite kl drift, rempit... tu yg nak tunjuk aksi kot.. hahaha
  • banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati.. cume aku tak berpeluang untuk nak pergi semua tempat..
Apa-apa pun ini jela yang dapat aku kongsikan melalui pandangan ku. mayb lain orang lain cara, lain cerita kan.. lain lah pandangannya kan... heheehe

Sekejapnye masa berlalu. Sedar-sedar dah abis study, dah setahun tgl kat sini, dah nak menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.. semoga Allah permudahkanlah segala urusan dan pekerjaan yang ingin aku lakukan.. Aminn

p/s: buat teman2 ku... hatiku kini mula terasa sebak kerna ingin berpisah ngan korang... terima kasih ku ucapkan kerna sudi menjadi sahabatku walau saat susah dan senang kita masih bersama-sama. Aku doakan semoga teman semua berjaya dalam hidup dan janganlah lupekan kakak kecik mu ini.. yang kadang2 terasa lebih muda dari korang...hahaha.. sayang korang semua.. __(*_^)V__

shasha

Tuesday, May 25, 2010

:: Sabtu ~ 22hb April 2010 ::


Sebenarnye banyak benda yang aku nak kongsikan... tapi dek kerana background ku sebelum ini cam tak kene ngan jiwa jer.. jadi seharian suntuk aku dok mengedit benda alah ni la... pilih yang ni cam tak kena.. pilih yang tu pun cam suram ja... alih-alih aku rasa ini jela yang sesuai ngan jiwa aku.. hahaha... cantik tak?..kalu korang kata tak cantik pun tak pe.. janji aku rasa syok jer nak tgk blog aku sendiri.hehehe...


Berbalik kepada kisah aku... aku telah meluangkan masa saat-saat terakhir bersama BFF pada sabtu lepas bersamaan dengan 22hb April 2010. Saje je tulis.. takut lupe... hehehe.. Kami telah bergerak seawal pagi untuk berkunjung ke Queensbay Mall.. ini jela tempat kami selalu melepak selain Bukit Jambul.. hahaha... yang bestnye sampai kat mall sebelum kul 1000 iaitu 0950am.. giler punye awal kan... sampai 'pakguard' tanya nak g mana... semua dah terkial-kial nak jawab. nasib baik ada yang pandai cover line cakap nak g bank... hehehe...


Memang best la meronda-ronda lam mall time tu... memang xder orang... kedai pun ada yang tak buka lagi. Jadi kami pun melepakkan diri di McD.. semua lapar bila tgk iklan breakfast hanya rm4. tapi jangan percaya dengan semua itu.. hanya iklan semata-mata...hahahaha... kawanku telah membayar sebanyak rm8++ di sebabkan oleh hari sabtu.. kesian kan kat diaorg...hehehhe... aku pun nyaris2 gak la... harga tak mahal tapi memandangkan kami semuanye students, xda gaji lagi... kira mahal la tu.. ;)



Tengahari nya pula kami meluangkan masa bersama untuk menonton wayang cite 'robin hood'. serius best cite tu... memang berpuas hati la. keluar je dari wayang aku agak terkesima gak la... mak ai ramainye orang... hehehe... maklum ler time pagi xda orang.. kuar jer tengok orang cam ngan semut.. Ramai giler orang maklum ler hari cuti. Sebelum pulang, kami menjamu selera dahulu dan agenda wajib kami adalah 'window shopping'...

dua jejaka yang menjadi bodyguard kami... hahaha



apa-apa pun, buat teman2 ku.. walaupun hanya seketika kita bersama, akan ku kenang saat-saat indah kita bersama.. kita hanya sempat berkenalan selama setahun tetapi keakraban kita ibarat bertahun-tahun lamanya kita bersama .. saat susah senang, gelak tawa,terusik hati antara kita telah membuatkan kita menjadi lebih rapat. semoga persahabatan kita ini akan kekal selama-lamanya...



shasha

Sunday, May 23, 2010

:: mee kari ::






Yeah... inilah dia hasil air tangan aku + kakak iparku untuk menu mee kari. Aku telah menghabiskan masa seharian di rumah abangku. Di sebabkan aku sudah kurang kebusyannye, jadi inilah keje aku ngan kakak iparku. Kami memasak mee kari... mulanya nak buat mee kari ketam tapi dok tunggu ketam tak naik-naik dan tak muncuk-muncul jadi kami pun masukkan kerang + ayam... rasa???... hahahaha... sedap wooo... habis satu periuk... ngan anak sedara aku dok tambah berkali-kali.. heehehe..

Memandangkan cuaca agak suram dan mendung kami pun melepakkan diri di rumah sambil bersantai + menonton movie.. Agaknya bila pula aku boleh pergi ke rumah abangku dan kakak iparku.. selepas ini pasti agak susah untuk aku menjejakkan kaki ke rumah mereka di sebabkan dengan keje. Insyaallah... aku akan tetap bertandang ke rumah mereka. hehehe... sebab aku nak abang aku masakkan nasi minyak + udang black pepper... perrrghh... terangkat siott.. sedap... Balik Pulau tunggu kedatanganku lagi..

shasha

:: sesi menukar layout ::


Yeay!!!... Aku telah menukar background baru. Kadang-kadang warna menunjukkan personaliti diri kita. jadi aku memilih warna merah + merah jambu + biru + hitam + putih. aku ingin lebih bersemangat, kuat dan cekal... bak umpama "buang yang keruh ambil yang jernih." Semoga dengan background baru ini membuatkan hidup ku lebih ceria, penuh dengan gelak tawa dan senyuman...


Warna-warni :

Merah
  • Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah Jambu

  • Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru

  • Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Hitam

  • kemewahan hati budi pekerti

Putih

  • fikiran yang bersih (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


shasha

Thursday, May 20, 2010

:: luahan hati ::



Aku bukan menagih simpati. Ini kerana dalam keriangan ku ini terselit satu kedukaan. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Aku pun tak layak untuk bersuara. Siapalah aku...aku tetap aku... Ibarat menegak kan benang yang basah.

Aku mengaku aku telah melakukan satu kesilapan. Bukan niat aku untuk melukakan hati sesiapa pun. Tak terniat langsung. Yela... kita manusia yang lemah, jadi mudah alpa dan lalai dan aku mungkin mengambil ringan keadaan itu. Sesungguhnya, Setelah kejadian itu berlaku membuatkan aku membuka mata siapalah aku sebenarnya. Hanya insan kerdil di dunia ini.

Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka yang telah menyedarkan aku. Bayangkanlah diri anda di tempatku. apa yang akan anda lakukan. adakah ingin memberontak? adakah ingin bermasam muka? jadi, jalan yang terbaik adalah diam... dan itu yang aku lakukan. Diam bukan bererti aku marah... diam juga bukan bererti aku berdendam. Tetapi diam aku adalah untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih keruh... cuma apabila kepahitan melanda diri ini, aku perlukan masa dan ruang untuk diriku sendiri. Aku perlukan kekuatan untuk bangkit semula. Mungkin bagi sesetengah orang akan pikir ianya perkara remeh.. but for me ianya amat perit dan mengecewakan.. Tapi aku cuba tabahkan hati ini kerna aku tahu Allah amat menyayangiku...

Aku tak kisah di pandang rendah dan hina. Biarlah... sebab aku tahu Allah sentiasa ada di sisiku dan mengetahui apa yang aku lakukan. Haruskah aku meluahkan segala-galanya? Tidak... Cukup hanya aku dan si dia saja yang mengetahui apa sebenarnya yang terjadi antara kami. Aku bersyukur kerna si dia amat memahami dan menyayangiku. Tak perlulah aku menceritakan kebenarannya kerna aku tahu aku tak layak untuk semua itu. Walau beribu, walau berjuta sekali pun... aku akan tetap menyimpannya kemas kerna sesungguhnya aku bukan sesiapa... Manusia hanya menilai apa yang ada di depan mata sebaliknya tidak mengetahui apa yang tersirat dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Untuk apa aku coretkan semua ini? Untuk apa? Bukannya untuk membela diri, bukannya untuk menagih simpati, bukannya untuk memenangi hati.. tapi aku lakukan semua ini adalah untuk meluahkan segala isi hati. Aku memohon maaf andai coretan ini mengguriskan hati kalian. Untuk siapa? Cukuplah aku saja yang tahu untuk siapa semua ini..

shasha

Wednesday, May 19, 2010

.: viva voce :.


Alhamdulillah... sampai jua ku ke penghujung jalan.. berakhirlah sudah aku bergelar sebagai student. Semalam bersamaan dengan 18hb May 2010 merupakan tarikh keramat untuk ku melepasi segala-galanya. Aku dikehendaki menjalani
"VIVA-VOCE @ peperiksaan lisan" untuk thesis ku. syukur..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dan alhamdulillah lagi... aku hanya perlu melakukan minor correction untuk thesis ku. wah..rasa berbunga-bunga apabila semuanya selesai... hahaha

Insyaallah... ujung bulan ni aku akan submit my thesis + hard cover. inilah saat-saat yang paling aku nantikan.. Mak, segala kejayaan ku ini adalah untukmu...Love You Mum!. Tak lupa juga buat my siblings yang banyak membantu.. thanks to all of u guys coz gives ur support to me tanpa henti-henti and yang paling teristimewa aku ingin ucapkan adalah buat someone special in my life... thank you very2 much... tiada terluah dengan kata-kata.. dia amat banyak menolongku sepanjang tempoh ku bergelar student. segala pengorbanannya, pertolongannya, kasih sayangnya... dan yang paling penting sekali si dia amat memahami ku di kala senang ataupun susah.. Love you...

Tak lupa juga buat arwah abahku... abah, anakmu mengerti abah tidak sempat mengecapi kejayaan anak mu ini..namun percayalah abah.. anakmu ini amat menyayangimu... insyaallah, anakmu ini akan menjaga keluarga kita... sayang abah...

dan tak lupa juga buat teman-teman seperjuangan.. 'aku sayang kamu semua'... sya, nor, an, husna and siti... love you guys.. terima kasih atas segala2nya.. semoga persahabatan kita ini tidak terputus di tengah jalan sebaliknya kita kekalkannya di sanubari walaupun kita berada jauh nun di mata, tapi percayalah korang sume tetap di dalam hatiku... __(^_^)v__


Cepatnya masa berlalu... selepas ini aku akan menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.. agaknya ler kan aper la pekerjaan yang sesuai ngan aku kan... eerrrmmm... dah lama sangat busy ngan belajar sampai nak keje pun tak tahu nak pilih yang mana satu. bila pikir keje takut pun ader. Maklum la orang cakap dugaan lagi hebat dari belajar.. dan kita akan bersemuka dengan pelbagai ragam manusia.. ni yang buat takut nih...hehehe... apa-apa pun, semoga aku di kelilingi dengan manusia yang berhati mulia... amin...

Apa-apa pun, sekarang nie perasaan aku usah cakap la... gumbira, rasa hepi, rasa nak melalak, menjerit, rasa nak melompat, nak g melancong... suma ada la... hahaha.. inilah perasaan apabila sumanya dah selesai.. horayyy!!!!

shasha

Monday, May 17, 2010

.: rindu :.


Di kala ini aku masih tidak dapat melelapkan mata... bukan kerana terlebih tido, bukan juga kerana terkurang tido.. tapi ini kerana gara-gara untuk membuat persediaan for viva on this tuesday. Dalam busy buat persediaan tetibe perut nie berbunyi dengan berbagai-bagai rentak music.waduhhhh... mulalah aku teringat masakan mak di kampung. Laparrr... Mak... anak mu ini rindu sangat dengan masakanmu..huhuhu..

Tetibe plak aku cite pasal makanan kan..hehehe. Yela, kakak ipar ku dah mem'booking' ku untuk memasak mee kari sebelum aku pulang ke kampung. Boleh eik... demi kakak iparku yang tercinta aku akan cube luangkan masa memasak untuknya. Sedap sangat ke aku masak...hahaha... entahlah... hanya mereka yang merasainya dapat menilai masakanku... hihihi... Tapi sekarang nie aku terbau keharuman nasi lemak ler plak... mana la nak cari pepagi buta yang aman lagi nyaman nie kan. mesti orang akan cakap buat 'tabiat' la budak ni.. huhuhu.. Tak pe, nanti balik kampung aku akan masak nasi lemak setiap hari biar sampai berlemak badan nie...hahaha

Actually, dah lama aku tak mengasah bakat memasak nie.. maklum ler busy ngan study..asyik mengadap laptop, buku, journal dan segala la... Nanti dengan kesempatan cuti yang ada aku akan mengasah bakat, mesti chef pun kalah. =D ... Maklum ler, sebelum berkahwin perempuan2 di luar sana yang ayu lagi menawan kene ler terror lam bab memasak barulah suami akan sayang kat kita.hehehe.. Mak aku yang cakap ye... Jadi, bagi yang belum berkahwin belajarlah memasak untuk memikat suami.. __(^_^)v__

shasha

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...





"Selamat Hari Guru" saya ucapkan kepada guru2 di luar sana.. dan tak lupa saya ucapkan kepada Cikgu saya. Segala pengorbanan dan jasa cikgu amatlah kami hargai. Ini adalah Cikgu R yang amat di gilai oleh pelajar2 perempuan di sekolahku. Maklum ler cikgu R ni muda lagi time nie, hensem dan belum berkahwin (time nie la..hehehe)..... tapi dalam ensem2 cikgu R ni, dia merupakan seorang yang amat tegas, kreatif dalam melakukan segala hal la.. Pic ini di ambil ketika aku baru menamatkan form 5. Konon majlis perpisahan la...hehehe. Cikgu R adalah merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan merangkap sebagai guru Pengawas Pusat Sumber(PPS), Kadet Polis.. Cikgu R ni memang seorang yang aktif dan produktif. Ini juga adalah teman2 ku yang menjawat jawatan tertinggi di dalam PPS.

Di sebabkan hari nie hari yang teristimewa buat guru2..jadi aku akan postkan pengalaman aku bersama cikgu R. Aku kenali cikgu R ketika aku form 2 yang baru dpilih sebagai ahli PPS. Memang aku kagum dengan cara pengendalian cikgu R ketika memegang jawatan tertinggi dalam PPS. Sebelum jawatan di pegang oleh cikgu R, library di sekolahku di pinggirkan... cikgu R dgn kelulusan ipta telah menaikkan library di sekolahku dan telah memenangi tempat di peringkat negeri. Antaranya, yang aku masih ingat sampai sekarang adalah cikgu R selalu pesan kepada anak buahnya "jangan hanya fikir satu cara... berfikir dengan banyak cara.kita harus kreatif...". dan sememangnya aku gunakan sehingga sekarang.

Antara aktiviti yang cikgu R anjurkan adalah
  • mengadakan kursus 4K untuk setiap tahun
  • mengeratkan hubungan library antara sekolah-sekolah
  • menjadi "postman" ketika bulan puasa... kira kami PPS ni akan menghantar kad2 raya
  • mewujudkan majalah khusus untuk library
  • banyak lagi..tapi dh tak berapa nak ingat..hehehe
  • dan yg paling best.... PPS adalah TERBAIK dari Pengawas sekolah...hehehe

Dan yang paling ku ingat sehingga kini, cikgu R pernah cakap kat aku "cikgu rasa antara korang2 ni nti yang akan kahwin dulu adalah M***(my name)...". hahahahaaha... maklum la aku dulu suke berkoya-koya lebih sikit... bila dah besar panjang nie baru nak serius dalam study... jadi nampaknya, kawan aku yang kawen dulu...hehehehe. Apa-apa pun, terima kasih cikgu R atas segala penat lelahmu dalam mengajar kami, pengorbananmu dalam mendidik kami... dan atas segala didikan cikgu... semua anak2 didikmu telah menjadi manusia yang berjaya dan berguna untuk masyarakat. Terima Kasih Cikgu R.."Happy Teacher's Day"

Tak lupa juga buat teman2 yang aku kasihi... korang memang TERBAIK WOK!!!... disebabkan keakraban kita, sehingga kini kita masih berhubung walaupun berjauhan... kita tetap dan masih bersama.. =)

shasha

Friday, May 14, 2010

.: 1st stage :.


Alhamdulillah... Akhirnya aku berjaya melalui laluan getir
yang pertama and the second one on next week...
For the 2nd is very tough and should be fully prepared
because that's determines everything
either I will pass or not...
ahh..what can i say...
I really hope i can through all this...
really hope that...
I'd study over the years and
this is one of the most challenging ...

but I should be patient and strong to face all this
things..
Because I believe...
'setiap kesusahan kini akan terpancar kesenangan di kemudian hari...'

Tha
t makes me stronger for this turbulent path...
and i know Allah is always in my side..
Insyaallah





shasha

Wednesday, May 12, 2010

GOOD LUCK


















picture: from iluvislam.com

p/s:Buat teman2 ku... hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk kita menggapai kejayaan... Semoga kalian melakukan yang terbaik... GOOD LUCK!!!




shasha

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Lahir




My love, I wish you a happy birthday,
But it’s me who has been blessed,
For I got to spend a years with you,
In our comfy, cozy nest.
You are a rare and handsome person;
You have delightful attributes,
Like competence and intelligence,
And what’s more, lots of humour!
You have mental strength and character
To guide you on your way;
People sense this strength in you,
And care about what you say.
So, May Allah bless You
Hope your dream comes true
and I Love You Forever...

from: Shasha



shasha

Monday, May 10, 2010

Hati sepertimu mak...


Aku tidak mungkin sering berdoa
dan aku mungkin tidak cukup berdoa
tapi ketika aku lakukan
ini semua yang aku pinta darimu Allah ..

Tuhan tolong beri aku hati seperti miliknya
Dia mencintai tanpa syarat,
tidak peduli apa, tak peduli siapa ..

Tuhan berilah aku keberanian untuk menjadi seperti dia
Dia sangat berani,
dia membuat aku tidak takut ..

Tuhan berilah aku kebijaksanaan seperti miliknya
Dia tahu segalanya, besar dan kecil,
dia ada untuk membantu semua itu ..

Tuhan berilah aku kekuatan,ketabahan dan kesabaran seperti miliknya
Dia diduga,ditimpa musibah,
namun dia berdiri kuat untuk meneruskan hidup ..

Tuhan berilah aku keindahan seperti miliknya
Ketika dia tersenyum,ketawa...
membuatkan aku berperasaan bahawa semuanya akan selamat,
dan semua masalah aku akan pergi buat sementara waktu ....

Tuhan berilah aku kemurahan hati seperti miliknya
Dia membantu yang tidak berdaya,
dan dia begitu penyayang ....

Allah...aku berdoa
jika aku menjadi seorang ibu suatu hari nanti,
biarlah aku menjadi sepertinya...

"Happy Mother's Day, Mak".Love you so muchhhh...

from: shasha





shasha

Thursday, May 06, 2010

Exhibition




Aku sempat mencuri masa untuk berblogging padahal banyak hal yang perlu aku settlekan...hehe. Actually, aku ingin berkongsi pengalaman bersama-sama dengan pembaca setia. Aku telah mengambil peluang yang ada untuk pergi ke Japan Industrial Design Exhibition yang di anjurkan oleh kampus ini. Banyak ilmu yang aku dapat ketika melawat exhibition ini antaranya teknologi jepun dalam industrial design memang sangat ketara berbanding di negara kita. Jadi, tak hairanlah negara Jepun adalah negara maju yg kedua terbesar selepas US dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Berbalik dalam bidang teknologi, negara Jepun mempunyai kecanggihan dalam bidang komunikasi, kejenteraan dan robotik. Kecanggihan teknologi mereka memang aku tak dapat sangkal lagi kerana design mereka sangat unik dan kreatif.

design yg menarik


mengingatkan aku pada kesatria baja hitam/ gaban


gitar yg tiada tali..sangat unik


menarik minat aku


3 in 1 CD player


beg james bond...hehehe

Sekarang nie aku rasa negara kita pun tidak kurang hebatnya dalam kecanggihan teknologi. Ini kerana kita mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi. Walaubagaimanapun, negara kita perlu menghasilkan lebih ramai pakar dalam bidang teknologi ini untuk menjadi negara yang lebih maju.


shasha

Wednesday, May 05, 2010

Agak lama aku menyepikan diri... ini semua dek kekangan masa yang semakin menghimpit aku. dalam pada aku dok busy on this month tetibe aku mendapat khabar berita yang sedih. My fren telah kehilangan ayahnya. Ketika aku mendapat sms, lidahku menjadi kelu tanpa bicara. aku menjadi amat sedih.sebelum tu "salam takziah aku ucapkan padamu wahai sahabat yang ku kasihi. semoga kuat dan tabah menghadapi semua ini.".. sebabnya.. yang pertama sahabatku telah kehilangan ayahnya.. dan aku amat memahami apabila kehilangan org tersayang... dan yang keduanya adalah.... biarlah aku dan sabahatku sahaja yg mengetahuinya...

Sahabatku,
jangan lah kau gundah gulana
Kami sentiasa bersama-sama mu
sentiasa berada di sisimu
janganlah kau berputus asa
kerna itu semua adalah Qada dan Qadar dariNya

Sahabatku,
bangkitlah...kerna ku tahu
kau seorang yang kuat dan tabah
dalam menghadapi segala ujian
yang Allah berikan

Sahabatku,
Percayalah setiap apa yang berlaku
Pasti ada hikmah yang mendatang
Kita sebagai hambaNya
hanya perlu bersabar dan
terus bersabar...

Sahabatku,
jangan biarkan setitis pun
airmatamu jatuh berdurai
kerna ianya akan membuatkan kau berduka
sebaliknya... basahilah pipimu
dengan linangan airmata
ketika mengadap Ilahi
kerna....
Dialah yang Maha Mengetahui
lagi Maha Mengasihi
sesungguhnya Dia yang lebih Mengerti...


Sahabatku,
ketahuilah...teman-temanmu
sentiasa berada di sampingmu, di sisimu
kembalikanlah keceriaanmu
kerna... kami di sini sentiasa
menanti tawamu, guraumu
menanti senyumanmu yang penuh kebahagiaan itu
yang sentiasa mengusik jiwa itu...
[peace no war..
.__(^_*) v__]



from: shasha


p/s: semoga arwah ayahmu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah


shasha
Related Posts with Thumbnails