Alhamdulillah... sampai jua ku ke penghujung jalan.. berakhirlah sudah aku bergelar sebagai student. Semalam bersamaan dengan 18hb May 2010 merupakan tarikh keramat untuk ku melepasi segala-galanya. Aku dikehendaki menjalani "VIVA-VOCE @ peperiksaan lisan" untuk thesis ku. syukur..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. dan alhamdulillah lagi... aku hanya perlu melakukan minor correction untuk thesis ku. wah..rasa berbunga-bunga apabila semuanya selesai... hahaha
Insyaallah... ujung bulan ni aku akan submit my thesis + hard cover. inilah saat-saat yang paling aku nantikan.. Mak, segala kejayaan ku ini adalah untukmu...Love You Mum!. Tak lupa juga buat my siblings yang banyak membantu.. thanks to all of u guys coz gives ur support to me tanpa henti-henti and yang paling teristimewa aku ingin ucapkan adalah buat someone special in my life... thank you very2 much... tiada terluah dengan kata-kata.. dia amat banyak menolongku sepanjang tempoh ku bergelar student. segala pengorbanannya, pertolongannya, kasih sayangnya... dan yang paling penting sekali si dia amat memahami ku di kala senang ataupun susah.. Love you...
Tak lupa juga buat arwah abahku... abah, anakmu mengerti abah tidak sempat mengecapi kejayaan anak mu ini..namun percayalah abah.. anakmu ini amat menyayangimu... insyaallah, anakmu ini akan menjaga keluarga kita... sayang abah...
dan tak lupa juga buat teman-teman seperjuangan.. 'aku sayang kamu semua'... sya, nor, an, husna and siti... love you guys.. terima kasih atas segala2nya.. semoga persahabatan kita ini tidak terputus di tengah jalan sebaliknya kita kekalkannya di sanubari walaupun kita berada jauh nun di mata, tapi percayalah korang sume tetap di dalam hatiku... __(^_^)v__
Cepatnya masa berlalu... selepas ini aku akan menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.. agaknya ler kan aper la pekerjaan yang sesuai ngan aku kan... eerrrmmm... dah lama sangat busy ngan belajar sampai nak keje pun tak tahu nak pilih yang mana satu. bila pikir keje takut pun ader. Maklum la orang cakap dugaan lagi hebat dari belajar.. dan kita akan bersemuka dengan pelbagai ragam manusia.. ni yang buat takut nih...hehehe... apa-apa pun, semoga aku di kelilingi dengan manusia yang berhati mulia... amin...

No comments:
Post a Comment