" Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan tentang kesabaran."
-Surah Al-Asr
Kadang-kadang kita sering terfikir dan mengatakan 'tidak cukup masa' atau pun berlebih masa. Seperti yang kita sedia maklum;
Masa : Kualiti dan Kuantiti
365 Hari = 1 Tahun
7 Hari = 1 Minggu
24 JaM= 1 Hari
60 Minit = 1 Jam
365 Hari = 1 Tahun
7 Hari = 1 Minggu
24 JaM= 1 Hari
60 Minit = 1 Jam
Oleh itu, kuantiti masa adalah sama banyak bagi kita semua tetapi penggunaan masa kita dalam seharian yang produktif dan berkualiti yang akan menjamin kecemerlangan.

Tips Mengurus Masa
- Mencapai matlamat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis.
- Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasarkan KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat mingguan yang telah ditetapkan.
- A - Keutamaan tertinggi (Laksana segera)
- B - Keutamaan Sederhana (Mesti dilaksana tetapi boleh ditunda atau diagihkan)
- C - Tidak Penting (Boleh ditangguh atau dilupakan)
- JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera. Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas.
- Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan dengan orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas anda.
- KAWAL PANGGILAN TELEFON dengan
- Merancang untuk membuat panggilan
- Mengawal masa bercakap selama 3 minit
- Menapis panggilan telefon
- Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAK PRODUKTIF
- Pastikan semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG
- Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, temujanji, idea, nombor telefon atau perkara penting dalam buku kecil.
- Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini.
- Melaksanakan 2/3 perkara serentak untuk menjimatkan masa.
- Mengagihkan kerja-kerja rutin kepada orang lain.
- Menyelesaikan tugas yang sukar semasa anda dalam keadaan yang SEGAR DAN BERSEMANGAT.
- HORMATI MASA dengan menjadikan pengurusan masa anda sebagai satu habit atau rutin harian.
ANDA DAN MASA
Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya yang lima iaitu
Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya yang lima iaitu
- Masa MUDAMU sebelum TUAMU
- Masa SIHATMU sebelum SAKITMU
- Masa KAYAMU sebelum MISKINMU
- Masa KELAPANGANMU sebelum SIBUKMU
- Masa HIDUPMU sebelum MATIMU
p/s: kini rutin harian ku telah berubah dari rutin sebelumnya. Disebabkan itu aku memerlukan tips ini dalam mengurus masa seharianku. Aku juga turut menitipkan info ini bersama anda semua. Selamat mencuba ye!
No comments:
Post a Comment