Thursday, June 10, 2010

:: tips berfikir positif ::

Aku telah mendapat email mengenai tips bagaimana berfikiran positif. sebenarnya, kita boleh melatih fikiran kita untuk berfikir positif dan belajar untuk mencapai semua yang kita impikan. Jika kita berfikir positif sepanjang hari maka ianya akan menjadi satu bahagian yang sangat penting dalam kehidupan kita. Di dalam email tersebut ada menyatakan tips yang banyak untuk berfikir positif.. namun, aku hanya mengambil beberapa tips sahaja untuk dikongsikan bersama-sama sebelum aku men'delete'kan @ ter'delete' email tersebut. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menikmati tips-tips untuk berfikir positif..

Life Quote Pictures, Images and Photos

  1. Memikirkan hal yang ingin capai hari ini.
  2. Cubalah untuk mencapainya!
  3. Senyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.
  4. Luangkan masa untuk diri sendiri.
  5. Jadi kreatif.
  6. Jangan takut untuk mencapai tujuan anda. Berusahalah untuk mencapainya setiap hari.
  7. Jujurlah dengan diri sendiri.
  8. Belajarlah untuk menangani stress. Cari kaedah yang boleh me'relax'kan anda.
  9. Jadi optimis.peace Pictures, Images and Photos
  10. Jangan takut untuk mencuba perkara-perkara baru.
  11. Belajar dari orang sekeliling.
  12. Berjalanlah dengan penuh keyakinan.
  13. Dapatkan udara segar!
  14. Mengambil gambar. Buat scrapbooks.
  15. Jadi realistik ketika menetapkan tujuan anda.
  16. Have fun!
  17. Dapatkan tidur yang cukup.
  18. Menghargai hidup dan setiap apa yang dimiliki.
  19. Lakukan sesuatu kebaikan untuk orang lain.
  20. Berusaha tanpa henti.. bersemangat dan terus semangat.


p/s: tips ini adalah untuk dikongsikan bersama dan juga untuk pengetahuan diriku sendiri... __(^_^)v__
shasha

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails