Saturday, February 06, 2010

terbaik wok!!!...

Dalam dunia yang di lingkari kemajuan sains dan teknologi ini kita sering di sajikan dengan pelbagai hidangan yang serba canggih dan moden. Salah satunya adalah penggunaan internet yang semakin menular ke pelusuk dunia di mana penggunanya hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mengetahui segala-galanya dengan menggunakan enjin search google, yahoo. Namun, negara kita juga tidak terkecuali dalam meniti era kecanggihan ini dengan menyerapkan pendidikan teknologi ini untuk pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi. Jadi, tidak hairanlah jika di katakan remaja masa kini semakin pintar dan bijak dalam penggunaan internet.

Apabila pengguna semakin meningkat dalam penggunaan internet, jadi semakin banyaklah penawaran yang di buat oleh pihak-pihak tertentu bagi memenuhi permintaan pengguna. Hal ini menyebabkan laman komuniti sosial semakin banyak di bina malahan semakin bertambah antaranya myspace, friendster, facebook, blog dan seantaranya dengannya bagi menghubungkan sahabat handai, sedara mara yang jauh di mata, menambah kenalan dan banyak lagi.

Namun sejak kebelakangan ini yang sering menjadi kegilaan para pengguna internet adalah facebook. Ianya di ibaratkan seperti raja segala raja di mana ia merupakan top ranking buat masa ini. Malahan, iklannya juga turut di siarkan dalam wahana televisyen dan di selangi dengan muzik. Facebook...penanganmu memang hebat sekali. Penulis bukan mengatakan laman komuniti yang lain tidak bagus tapi semuanya mempunyai kelebihan tersendiri sebagai contohnya blog. Ianya memang bagus kerna sesiapa saja boleh memilikinya termasuk penulis sendiri yang dah jatuh cinta dalam blogging. Walau bagaimanapun tidak ramai pengguna yang memiliki blog berbanding facebook. Pergilah ke mana-mana, tanyalah kepada sesiapa saja dan pasti jawapannya adalah facebook.

Bahkan, ada yang sanggup bersengkang mata semata-mata menghadap facebook. Ini di sebabkan oleh aplikasi-aplikasi dan games yang menarik telah pun di selitkan bersama ke dalam laman tersebut. Maka, sehingga kini bilangan pengguna yang memiliki laman itu semakin bertambah dan bertambah.

Penulis mengulas semua ini berdasarkan dari pengalaman sahabat dan juga diri penulis sendiri. Setelah hampir beberapa tahun kewujudan facebook ini, mulalah kedengaran desas-desus di mana penggunanya mulai berasa bosan. Penulis sendiri pun merasainya juga. Tetapi, baru-baru ini para penggunanya telah di gemparkan dengan penukaran layout dan yang lain-lain. Ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Bagi penulis, pihak developers facebook telah mengambil satu langkah yang bijak dalam penukaran dengan berwajah baru. Adakah penggunanya semakin berkurangan apabila berwajah baru? Tentunya tidak malahan semakin bertambah dari hari ke hari...

Di sini, penulis ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada developers facebook, google, yahoo serta blog ini kerana melalui merekalah kita dapat berhubung antara satu sama lain. Sebagai penghias bicara akhir, "yang di katakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu." Oleh itu, maafkan penulis andai telah melakukan kesalahan dalam tutur bicara pada perbincangan kali ini.


p/s: Peace No War

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails